Thursday, March 20, 2014

Mangalica - Khinzir Menyerupai Biri-Biri


ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM



Haaa korang....so entri hari ini aku nak share sikit something yang aku dapat daripada laman Pesibuk (Facebook) tentang suatu perkara yang agak memeranjatkan aku....maybe ade yang dah taw or ade yang tak tau...so aku nak sharing kat korang sume baka Babi khinzir menyerupai Biri-biri...baka yang teramat jarang kita tengok kan...aku pon cam tengok 3 kali sebab macam x caye...

BUT THEN

kat bawah nih ada peringatan untuk mereka-mereka yang Muslim supaya berjaga-jaga dan ambil tahu....aku amik daripada laman Oh Media and copy paste infonya

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umat Islam sila ambil perhatian dan tindakan berkenaan isu babi biri-biri ini. Setiap dari kita perlu memainkan peranan, berpesan-pesan untuk kebenaran. Amat merisaukan ana cubaan dan dugaan di akhir zaman ini. Bila manusia semakin maju mengecapi kecanggihan teknologi maka semakin banyaklah ujian dan cabaran yang dihadapi.

Samalah juga dengan isu ini, apakah yang akan terjadi sekiranya banyak fabrik yang akan terhasil dari babi aneh ini. Bulunya benar-benar menyerupai kambing biri-biri. Memang amat sukar untuk membezakannya dengan mata kasar. Pihak berwajib khusunya JAKIM diharapkan membuat tindakan dan uji kaji ke atas perkara ini. Pemeriksaan perlu dijalankan dengan kadar segera. Kita tidak mahu sekiranya ada di antara pakaian mahupun barangan kegunaan umat islam terhasil dari sumber yang dilarang agama.

Perlu diingat, agenda pihak kuffar adalah untuk menyesatkan dan mempersendakan kesucian agama islam. Mereka selamanya tidak akan redha dengan penganut agama islam. Mereka tidak akan berhenti selagi kita tidak menuruti kehendak mereka. Awas semua umat islam !!

INFO BABI BIRI-BIRI : Mangalitsa (AS ejaan), Mangalitza (UK ejaan) atau Mangalica (ejaan Hungary asal) adalah nama bagi tiga baka babi dibiakkan terutamanya di Hungary dan Balkan yang dikenali juga sebagai babi kerinting rambut. Ia kepunyaan baka jenis lemak Eropah unimproved (serta Iberia Hitam dan babi Alentejana) yang berasal secara langsung dari populasi babi liar. Babi Mangalitsa adalah luar biasa kerana ia tumbuh berbulu 'bulu', yang serupa dengan kambing biri-biri. Baka babi lain yang diperhatikan untuk mempunyai lapisan yang panjang Kot Lincolnshire kini pupus Curly England. Mangalitsa adalah dahulunya dibesarkan sebagai babi lemak babi, dan binatang yang besar dan bulat. Disebabkan kejatuhan dalam permintaan untuk lemak babi, populariti baka telah menurun dan kini dianggap sebagai "rare breed".
Dagingnya amat menyerupai daging biri-biri sahaja. (Google)

AAP - Sebaiknya langkah awal pengcegahan, kawalan dan menanganinya perlu dibuat dan dipantau dengan kadar segera oleh pihak berkuasa. Agar kita semua khususnya orang islam tidak tertipu dengan daging Babi Mangalitsa ini kelak.




* So, kesimpulannya, kita sebagai umat Islam kena lah berhati2 yee....sebab sekarang nih semua boleh jadi....so, pakai lah barangan daripada kayu pokok kelapa ke...bulu ayam ke...atau mungkin pakai dari barangan terpakai...kan lagi jimat...*



Wednesday, March 19, 2014

MURAH!! NEW Kogan HD Digital Video Camera 8MP Silver nak di let go


ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM 

So hari nih ade barang nak di let go....sangat murah but berbaloi


 


HARGA YANG NAK DI LET GO : RM120  JERRR
POSTAGE FEE : FREE OF CHARGE JE KAU HA


- Sebab jual adalah kerana sudah membeli Camcoder lain sebelum barang ini
sampai secara delivery....delivery dorang lambat sikit n aku jenis orang x sabar dah beli yang lain dlu.

Ciri-ciri :

- 8 Mega Pixel video kamera yang sangat baik punya
- Mempunyai HD Definition 720P menjadikan video sangat cantik
- Mempunyai LCD touch skrin 2.7"
- boleh zoom 4x fokus
- boleh auto fokus dan boleh buat white balance
- boleh di gunakan untuk mengambil gambar statik seperti kamera foto biasa
- ringan dan mudah untuk di bawa ke mana-mana
- di sekalikan dengan 1 Mini USB to USB data cable
- di sekalikan lagi dengan 1 AV cable
- Harga yang nak di let go sangat murah dan sangat untung untuk anda dan untung untuk saya sebab tak nak semakkan barang nih dalam rumah yang sudah sedia semak...haha


KONDISI: BARU dan TAK PERNAH DI GUNAKAN  LAGI


* Tidak mahu untung cuma mahu barang di let go secepatnya kerana tidak di
gunakan di rumah *

* barang sangat elok, barang tiada calar lagi sebab tidak di gunakan langsung,
kotak packaging pun sangat elok sebab di jaga rapi sebelum hendak di jual semula *


0142550960

~Online Payment/Postage: Jika mahu boleh Whatssap / Wechat / Text / call di nombor yang tertera di atas untuk mengetahui  proses pembayaran secara online...


SAPE CEPAT DIA DAPAT!!!!! 

Koleksi Muzik Video Background Muzik PES 2011 - 2013 Aku Yang Awesome !!!


ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM

 
Haaa...lama dah start x update natang nih...macam biasa laaa busy katenyee kan...lagipun kuota internet aku dah nak abih, kene cekau dek rimau laa kan...haaa...so malam nih aku nak share sikit koleksi muzik video dari PES yang di PATCH yang sangat AWESOME...sape yang minat main PES dia akan tau lagu-lagu yang aku nak share nih...lagu-lagu yang cache dan sedap telinga mendengar...cewahhh...tapi serius...aku selalu bermiming sekali lagu-lagu nih mase bukak GAME PES dari yang 2011 sehingga 2013... WALAUPUN....liriknya semua MAHA HANCUSSSSS....hahaha

aku belum INSTALL PES 2014 memandangkan aku boleh patch 2014 punye spec kat 2013...macam same jee aku tengok...but untuk lagu...tu akan datang aku try dengar2...huahauha

ORAIT

dari buang masa dok berleter memanjang...jom pekena sikit lagu PES koleksi aku yang aku rasa best untuk aku laa kan dari tahun 2011-2013...yang 2011 n 2012 aku xtaw mane turutan lagunya...aku campurkan je laaa....huahauhau....yang 2013 aku taw sebab baru cari...

*tak semua aku jumpa dan still mencari lagi sekarang nih sape taw kongsi2 kan laa...yang nih sume aku bagi korang link youtube laa ea...mane taw korang nak download yang lagi HD kate kau..* 

ENJOYSSSSSSSSSS


1. Crystal Fighter - In The Summer


2. Foals - Miami


3. Kakkmaddafakka - Restless


4. Lykke Li - Get Some


5. Metronomy - The Bay

6. Passion Pit - The Reeling


7. Vampire Weekend - cousin


8.  Apples - Theo


9. Gorrilaz - Rhine stone


10. Broken Bells - The Ghost Inside


11. The Drums - Lets go surfing


12. The Rifles - The Great Escape


13. The Strokes - Machu Picchu


14. The Vaccines - If You Wanna


15. Yeah Yeah Yeahs - Heads Will Roll


16. Zoot Woman - We Won't Break


* actually ada lagi...tapi nama dia aku tak taw...dlu laptop aku terformat...pastu recover balik...dia punya tajuk video dia sume dah blank...so aku x taw apa nama dia n tak bubuh kat sini...*

okay sekarang untuk PES Patch 2013 pulak


1. TWO DOOR CINEMA CLUB  - SLEEP ALONE


2. We Have Band - Where Are Your People


3. Totally Enormous Extinct Dinosaurs - Garden


4.  Michel Tel√≥ & Neymar - Ai Se Eu Te Pego


5. Friendly Fires - Blue Cassette


6. Noel Gallaghers High Flying Birds - Everybodys On The Run


* yang 2013 tu je yang aku ade....still dalam proses mencari lebih lebih....hauhauhauhaua*



Sumber : Diri Aku Sendiri

Friday, March 14, 2014

15 Anak Patung Berpuaka Terkenal Di Dunia


ASSALAMUALIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM

Malam nih nak kongsi sikit suatu info yang agak seram...tadi petang tengah dok seronok tengok filem seram Chucky yang baru , The Curse of Chucky (2013)...cerita xda seram sangat macam yang dulu2....malah lagi bosan laa yang baru nihh..gambar n trailer jee cam gempak abihhh....fuhh...but then, terus terlintas dalam otak aku tertanya2 mesti ade patung sebenar yang menyeramkan dan berpuaka dalam dunia nih kan....


SO

tangan pon start menggatal lah taip kat Mr Google...dan akhirnyaa, aku terjumpa banyak artikel yang sangat BEST..dan semuanya aku dah konklusikan....jom tengok 15 Anak Patung Berpuaka Terkenal Di Dunia mengikut Ranking "kepuakaannya"...

*benda x menakutkan cuma sikit seram...huhu...time aku wat benda nih, aku letak gambar patung2 nih aku pejam mata n time menulis descriptionnya aku x tengok pon gambar2 nih .....hahaha...sebab aku rasa dorang cam tengok aku, muka semua cam badi tengok aku....seram~~ haha*


15. BEBE
- Penyiasat paranormal dan pengumpul patung berpuaka, Janice Poole menyatakan Bebe merupakan antara patung paling berpuaka di dunia...kebanyakan patung2 berpuaka yang di kumpul dibeli daripada Ebay...dan Bebe ini juga merupakan pembelian dari Ebay yang sangat rare...semenjak Bebe nih berada di rumahnya...dia sering di ganggu oleh sesuatu yang pelik...Jannice berkata Bebe merupakan Patung berpuaka dan dia akan cuba membuktikannya


14. CAROLINE
- Caroline merupakan sebuah patung Porcelin setinggi 16 Inci...Caroline asalnya di beli oleh sebuah kedai antik di Old Salem iaitu di kedai antik Massachusetts...mereka mempercayai Caroline ini merupakan anak patung yang mempunyai 3 semangat jahat yang berada di dalamnya...


13. BARBIE DOLL PULAU UBIN
- Jika anda ke kuil yang di beri nama Lady Na Tuk Kong Shrine, anda akan menjumpai sebuah anak patung Barbie yang berada di tempat penyembahan di mana ia di jadikan sebagai berhala/tuhan....mereka yang datang menyembahnya akan membawa losyen, cermin muka, krim muka, bedak foundation dan sebagainya...ceritanya bermula 3 tahun lepas, di mana seorang sami di kawasan tersebut telah bermimpi di mana terdapat seorang kanak2 perempuan mengajaknya ke kedai dan menyuruhnya membeli sebuah patung Barbie dan menyuruhnya letak di kuil "Lady Na Tuk Gong Shrine"....dan sami tersebut mengikut seperti yang di mimpikan...apa yang mengejutkannya, kedai dan anak patung yang di mimpikan itu benar2 wujud walaupun dia tidak mengetahui sebelum ini.....masa kini, ramai yang ke kuil itu untuk keselamatan dan kesihatan, x kurang juga untuk kekayaan dan semuanya termakbul...


12. MERCY
- Dengan ketinggian 18 Inci dan juga semangat jahat yang ada padanya sangat kuat, ia asal di miliki oleh seorang wanita bernama Sherrie Khun...penyiasat paranormal menyatakan terdapat suatu roh jahat kanak2 berumur lingkungan 7 tahun merasuk patung ini....diceritakan patung ini pernah berdiri sendiri memegang sesuatu ketka pembeli patung ini sedang tidur bersama isterinya...dia juga pernah mengalami di mana radio terbuka sendiri...


11. AMANDA
- Amanda merupakan patung berpuaka yang kini berada di Atlanta, Georgia....patung ini telah banyak kali berpindah milik di sebabkan semangat jahat yang kuat berada di dalamnya membuatkan pemilik2 nya mengalami kejadian2 aneh yang luar biasa...


10. EMILIA THE HAUNTED ITALIAN DOLL
- Patung berpuaka yang berumur 100 tahun ini di miliki asalnya oleh seorang pegawai keselamatan raja iaitu ketika raja Umberto 1 (Umberto Ranieri Carlo Emanuele Giovanni Maria Ferdinando Eugenio di Savoy) memerintah Itali pada tahun 14 March 1844 – 29 July 1900...patung ini kemudiannya di serahkan kepada seorang rakannya yang paling dipercayai iaitu Ulvado Bellina. Ulvado Bellina memberikan patung tersebut kepada anaknya bernama Marie setelah kerajaan Umberto kalah dan mati dalam pertempuran...patung ini terselamat dari peperangan World war 1 dan World war 2 dengan hanya kehilangan kedua2 belah tangannya sahaja setelah Marie Bellina berusaha keras menjaganya daripada musnah...dan sekarang ini ia di khabarkan di rasuk oleh semangat Marie yang menjaganya sehingga dia meninggal...penyiasat paranormal mendapati yang Emilia ini sering membuka dan menutup matanya sendiri dan kotak suara pada patung itu juga kadang kala kedengaran secara kerap menangis memanggil emaknya walaupun mereka mendapati peti suara tersebut tidak berfungsi lagi...


9. JOILET
- patung ini merupakan patung yang di turunkan secara keturunan selama 4 generasi keluarga Anna G....dan secara tidak langsung dia menyatakan setiap ahli keluarga yang memiliki patung ini akan mendapat 2 orang anak dan seorangnya akan mati pada umur 3 hari...keluarga tersebut percaya bahawa roh daripada bayi yang mati tadi telah merasuk patung ini...keluarga tersebut menceritakan mendengar tangisan beberapa orang bayi setiap malam dan kadangkala mendengar jeritan budak yang sangat menyeramkan...di tanya kenapa tidak membuan patung ini, Anna G menjawab dia percaya roh anak2 ahli keluarganya yang mati itu berada di dalam patung ini dan tidak mahu menganiaya  mereka...


8. ALICE
 - Patung ini tinggal bersama pemiliknya Marie Ford di Washington...menurutnya, anda akan mendengar suara seakan2 berbisik yang sangat menyeramkan apabila anda mendekatkan telinga anda ke mulut patung porselin ini...selain itu, matanya akan sentiasa mengekori kamu dan ekspresi wajahnya akan berubah apabila patung ini tidak suka kepada kamu....menurut Marie patung ini telah berada dalam keluarganya sejak berkurun dan di letakkan di dalam bekas kaca yang berkunci..


7. PUPA
- Pupa merupakan sebuah patung yang mempunyai kisah unik...dia di katakan berumur sekitar 5 tahun selepas seorang pemilik membelinya pada tahun 1920 sehingga pemiliknya meninggal pada Julai 2005...patung ini terselamat daripada kemusnahan Perang Dunia Ke 2...di katakan Pupa ini kerap berpindah ke suatu tempat ke tempat yang lain bersama pemiliknya..dari Itali ke United States dan kemudian balik semula ke Itali dan merentas Eropah dan akhirnya ke USA kembali...Pupa di katakan sering bergerak sendiri di mana dia membuka bekas kaca yang meletakkan dirinya di dalamnya...semenjak itu, ia sering di katakan mahu melepaskan diri dan tidak mahu di simpan oleh sesiapa...


6. HAROLD



5. PATUNG VODOO YANG SEBENAR


4. ANNABELLE
- merupakan antara patung puaka yang popular dan di selitkan ceritannya dalam Filem "THE CONJURING 2013"....cerita berkenaan patung di dalam filem tersebut merupakan cerita yang sebenar menerusi pengalaman responden....hari ini, patung ini telah di kurung di dalam bekas kaca dan di pertonton di Muzium Warren Occult yang menyimpan pelbagai pelbagai artifak berpuaka dan kadangkala pegawai muzium paranormal menyatakan yang patung ini boleh keluar berkeliaran dari bekasnya....


3. DEVIL DOLL


2. MANDY
- Mandy merupakan patung puaka yang di letakkan di Muzium Quesnel yang terletak di Old Cariboo Gold Rush, Colombia....Mandy didermakan di muzium pada tahun 1991 dan pada masa itu pakaiannya sangat kotor, badannya bercalar dan kepalanya terdapat kesan retakan...ia di katakan berumur dalam lingkungan 90 tahun...wanita yang mendermakan patung ini bernama Mereanda memberitahu kepada kurator muzium tersebut yang dia sering mendengar bayi enangis pada waktu malam di bawah basement...dan setelah dia turun ke bawah, dia mendapati tingkap basement di bawah terbuka sambil patung tersebut berada di celahan seperti membuka tingkap tersebut yang sebelum ini dia yakin tertutup....katanya setelah didermakan kepada muzium dia tidak lagi mendengar dan merasakan apa2 yang pelik lagi



1. ROBERT
- Robert merupakan patung yang sangat popular dengan roh jahat yang paling kuat antara semuanya menurut penyiasat paranormal....nama dia berasal daripada pemiliknya yang juga seorang pelukis bernama Robert Eugene Otto...dia dikatakan telah menjadikan patung ini sebagai upacara Vodoo bagi menyembuhkan penyakit yang di hidapi keluarganya...dia di katakan selepas beberapa tahun dia dijadikan patung upacara, berlaku pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan di hadapi oleh nya....kebanyakan objek2 di rumahnya hilang dan banyak yang pecah...Robert di katakan mampu bergerak sendiri dan mempunyai kuasa jahat yang sangat kuat...selepas itu ia di berikan kepada Historic Custom House dan di simpan di dalam bekas kaca sebagai tontonan...tetapi dia mampu juga untuk melepaskan diri dan pegawai yang menjaganya memberitahu yang Robert ini suka kepada pappermint dan sekotak pappermint akan di letakkan di dalamnya setiap malam bagi mengelakkan dia berkeliaran....


* untuk gambar yang tak ada description tu...memang tak dapat nak buek ape laa sebab penerangan dia panjang sangat...aku malas nak translate and penat...haha...lama aku nak siapkan benda nih...kalo korang berminat nak taw selebihnya...taip je kat google...gerenti dapat lahh..*


Sumber : Macam2 dari Google


Bomoh Tikar- "Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu"

ASSALAMUALIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM

nampaknye bukan setakat isu MH 370 yang hilang nih je yang hangat....sekarang isu Bomoh VS Khairy pon hangat....mane taknyee...si Bomoh nih balas balik....so, yok kita tengok ulasan Raja bomoh nih kat media ape dia kate


Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.
 

Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.


“Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya.

“Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.
 

Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH370 yang hilang beberapa hari lalu.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya.

“Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai.

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu.

Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.

“Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang.

“Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.

Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang.



*wahhh...berani sungguh yee pakcik tikar nih...sampai nak tampar KJ ok....pehhh....ape reaksi KJ agaknyeee......nah tengok lee videonyee...hebat x pakcik*



Thursday, March 13, 2014

Plastic Surgery Yang Fail


ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM
hhahahahaahahaha

Seriau aku rasa dok tengok jarum tajam cenggini....aku nih memang jenis penakut jarum sikit....makna kata sikit tu...aku bukan penakut tegar laa walaupun aku pernah wat plan untuk lari time sekolah dlu mase dorang wat hari suntikan BCG mase darjah 6....plan baekkk katee kau!! rekod aku xda, cikgu xdapat detect aku...haahaha...masuk kelas balik pura2 macam kena inject gak..padahal!!! non adooo!!..hahaha...kalo sesiapa ade "ter"tengok lengan aku, memang xda pon bekas BCG....halus molek licin jaa xda kesan sepertimana macam kawan2 korang dan aku yang laen kekadang tengok tu diaa besar gabak bekas BCG...tapi aku x taw laa akibatnyaa ape...risau gak...walaupun sekarang aku Alhamdulillah sihat..

Arghhhhhh Jahanammm!!!!!!!!!! - kata Ah Chong kepada jururawat

ANYWAY, ENOUGH IS ENOUGH

so arini, entri aku nak kongsi sikit gambar2 makhluk "paling seksa" di sebabkan plastic surgery yang x berapa nak menjadi..benda nih dah lama dan ramai dah taw..tapi xpa...aku memang saja sebab nak bagi ruang info blog aku banyak sikit....kadang2 aku sendiri yang baca balik...ye la blog nih macam buku gak...tambah ilmu, peringatan dan berubah sama2..

SO

sanggup tu dok bagi berjuta2 kat doktor plastic surgery semata2 nak cantik...last2 muka kau ngan tar jalan x taw dah nak beza macam mana...menyesal x sudah....ade yang kata muka dia cantik pas wat pembedahan tu WALAUPUN hakikatnya muka ngan tapak kaki dah sama rupa....cermin kat rumah retak seribu laa tu dok tayang muka kat cermin...cermin pon meluat...
 
haaa...acanerr..baru letak muka depan cermin...terus retak???
 
kalau aku laa, duit juta tu kalo p labur kat BSKL (BaSiKaL), Wall Street, kan lebih elok...x pon wat p makan Kepsi (KFC) ajak jiran 1 taman kenduri kan dapat pahala dari dok bazir....eeeeee...dah x kuasa aku nak melayan...jom p usha2 skit beberapa muka2 yang dorang kata fail nih wat pedoman kita semua....kateenyee!!

Walaupun maybe ramai dah biasa tgk...tapi, apelah salahnye tgk lagi skali....

sesuai untuk watak hantu dalam filem seram low budget sebab xyah pakai make up dah...natural horror katenyee...


wahh makcik....muka dah hodoh tapi biar prangai cantik sikit yee...ishh...ishh

yang kiri time muda kot...sebelah kanan tu bila dah tua tapi nak jadi muda balik...ntah r ea...macam cantik jee

wahhh...bersangka baik...maybe dia wat plastik surgery utk watak seram dalam filem dia...sapa taw kan...

Jocelyn Wildenstein - dia nih xpayah cakap laaa...memang dah terkenal pon dengan kegagalan plastik surgery dia...

nampak x...kalo di teruskan natural...mungkin lebih ayu macam Nora Danish

alahaiii...comelnyeee...kalah kakton okay...nak caras dia laa tu

Michaela Romanini - muka macam Hulk Hogan dah...awat 2 kali tgk muka macam nyah??

ya habibi ya maulana...kenafa anta serupa itu unta fadang fasir lah??? sebab tidak bersyukur laa ya habibi

mak aii...bumper jalan mana dia g taruk kat pipi ngan dagu dia tu

alahaii..sayangnyee...muka cantik dah....tapi


iras2 Marilyn Manson...serupa eh tapi x sama...idola kot

Paris Hilton ke nih?? wahh lawa bibir...cam mulut ikan bandarayakat akuarium

menyesal x??? haaa...dlu cantik..sekarang bibir tu ley wat penyangkut baju laa yee

fulamakk....apsal aa si Meg Ryan nih ubah2 muka...cantik dah kot dlu...

Nicole Kidman yang dah x brape nak kid dah...tukar nama...Nicole Oldman

wah mukaa...rare dan sumpah sangat horror...pontianak jumpa pon mati sakit jantung

biasalaaa kan ...banyak duit x taw nak wat apee....
 
slalu download apps kat hp..rupa2 nyee ade bentuk asal...oh mannnn

Hang mioku - padah suntik sendiri guna minyak masak goreng ikan....

*kadang2 aku terpikir...yang wat Plastic surgery nih x takot risiko cacat seumur hidup ke...ye laa kan...Worst case scenario bley jadi ape2 kan...sbb kita x taw n xley menduga selepas pembedahan tu jd camne...untung2 jadi cantik...kalo yang x untung macam depa kat atas nih...x ke menyesal seumur hidup...duit dah byk abih...bersyukur laa kan..nak cantik pakailaa produk2 Kak ton ke, aura white ke...xpayahlaa nak plastic surgery bagai...kalo nak juga...lantak hang laa..ADE AKU KESAH?? hahahhaha*

Wednesday, March 12, 2014

Penemuan Bandar Firaun Yang Tenggelam Di Dasar Lautan Berusia 1500 tahun


ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM
huahauhauhaua...

Al Firaun...sapa x kenal..habaq mai..memang hidup gua kalo x taw....kita  pon ade blaja satu perumpaan yang biase gak di gunakan iaitu zalim seperti Firaun...dan kita umat Islam pon ade belajar kesah mengenai Firaun serta kumpulannya yang tenggelam ke dalam laut merah semasa mengejar Nabi Musa...dah tu?? ape kaitan pulak ngan entri nih...kannn...xpayah laa nak tanda soal segalaaaa....

SO

google punye google punye google cari bahan...hengat nak cari info artis bahan membahan..tapi sori laa kan, klise sangat dalam blog nak taruk cter pasal artis selalu....muak sebab banyak dah blog bubuh cter2 pasal artis nih...senang2 je dapat...so aku malas nak sebok hal dorang..lantak depa laa kan...

ANYWAY
So akhirnyaa, aku ade dapat satu idea tetiba dalam kepala otak nak cari pasal Mystery of Ancient History, n terus google...kateenyee kau..haaa...weolss nak mendedahkan sedikit dalam blog aku...sekali dapat laa satu cter gabak yang interesting iaitu penemuan bandar firaun di dasar lautan pada tahun lepas...haaa kau...mane nak taw korek2 dasar laut jumpe macam ni kan....

AND 

critenyee cenggini...Bandar nih di jumpai oleh seorang seorang ahli arkeologi marin Perancis nama dia Franck Goddio katenyee laa kan....Goddio nih pergi bersama kumpulan dari Pusat Oxford dan juga Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir semasa nak jalankan misi dia...bukan nak cari natang bandar Firaun nih pon....

 TAPI

  depa kata si Goddio nih dok tgh berusaha cari kapal perang Napoleon dari 1798 nama dia Battle of the Nile dan korek punye korek sekali jumpa BANDAR kau....acanerr tu...bukan jumpa cikai2 ok...tapi BANDAR FIRAUN YANG TERTINGGAL...masuk buku sejarah Form 5 laaa name kau kalo orang Malaysia yang dapat korek jumpe...
kat bawah nih gambo2 nyee...haa kau...bukan kecik2 semut ok...itu aku pon x kesah..belakang umah aku banyak...nih besar2 gajah...patung yang depa jumpa tu hempap ko...xpayah nak kata laa...cepat2 laa mengucap yee...


















Haaa... acanerrr...bukan calang2 kau.... aku pon kata...wahhh betullah ape yang di perkatakan dalam Al Quran....ini buktinya.....



Sumber : kat Google sebab aku jumpa pon sebab aku taip kat dia

ANDA JUGA MAYBE MINAT...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...