Tuesday, March 11, 2014

Update Terkini (3) MAS MH 370 Yang Hilang


 ASSLAMUALIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM

 
Terkini dari sidang media #‎MH370, 11 Mac 2014, 3:00 petang bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Imigresen

1. Foto dan wajah yang dilihat adalah sama seperti dalam pasport yang dicuri

2. Semua SOP telah diikuti oleh semua pegawai Imigresen bertugas

3. Prosedur yang dilalui oleh 2 orang pemilik pasport curi diterangkan secara jelas oleh pegawai
    Imigresen
 
4. Ada beberapa perkara yang diambil kira mengenai kehilangan pesawat ini - rampasan, sabotaj, 
    masalah psikologi, masalah peribadi penumpang dan krew
 
5. Kesemua foto penumpang-penumpang dari China telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara
 
6. Sehingga kini 2 penumpang dikenalpasti menggunakan pasport palsu
 
7. Individu pertama yang menggunakan pasport Itali dikenalpasti tidak ada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas dan berasal dari Iran bernama Pouria Nour Mohammad Mehrdad, berusia 19 tahun dan berkemungkinan individu ini mahu berhijrah ke Jerman - kami telah menghubungi ibunya dan mengetahui anaknya itu menggunakan pasport palsu, ibunya dilaporkan menanti ketibaan anaknya di Frankfurt.. 


 
8. Dua penumpang misteri tidak mungkin pengganas, lapor polis Thailand
 
9. Pemegang pasport curi Austria - individu tersebut tidak pernah masuk ke Malaysia sebelum 28 Feb
 
10. Latarbelakang peribadi setiap penumpang sedang disiasat dengan teliti.
 
11. Kami sedang meneliti video dari KLIA yang diambil dari 7 Mac sehingga pesawat berlepas
 
12. Hanya seorang sahaja yang tidak berada di dalam pesawat kerana tersalah tarikh penerbangan
 
13. PIhak polis akan mengedarkan foto dua penumpang yang menggunakan pasport curi kepada media


No comments :

ANDA JUGA MAYBE MINAT...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...