ASSALAMUALIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM
Terkini dari sidang media MH370 di KLIA:
1. Beberapa negara membantu Malaysia dalam misi pencarian, 34 kapal terbang, 40 kapal
2. Tiada petunjuk mengenai pesawat
3. Pencarian bermula 7 pagi hingga 7 malam, malah masih berlangsung
4. Kemungkinan pengganas - kami akan mencari sebarang kemungkinan
5. Mengenai pasport palsu - masih disiasat
6. Semua isu keselamatan juga sedang disiasat
7. Masih tidak dapat apa-apa signal dari pesawat tersebut
8. Video CCTV penumpang sedang dilihat oleh para penyiasat
9. Serpihan itu tidak dapat disahkan dari pesawat
10. Pihak penyiasat masih mendapatkan maklumat mengenai pemengang pasport palsu yang membeli tiket kapal terbang
11. Fokus utama kita sekarang adalah untuk mencari kapal terbang yang hilang, perkara lain akan kita umumkan kemudian, apa yg penting kapal tersebut dicari dahulu untuk mendapatkan maklumat lain
12. Belum menerima laporan tompokan minyak, kami tak dapat mengesahkan minyak pesawat atau tidak
13. Tiada kapal selam dihantar
14. Apa yang dihantar adalah kapal penyelamat marin
15. Australia menghantar 2 kapal terbang dan akan sampai tengah malam ini dan pagi esok
16. Thailand menghantar kapal terbang
17. Indonesia dan Amerika juga telah menghantar kapal terbang mereka
18. Pengurusan krisis akan dilakukan oleh MAS
19. Kami tidak menerima sebarang laporan mengenai kod TANGO yang war-warkan
20. Sidang media berikutnya akan dijalankan esok jam 12 tengahari, Sekiranya ada sebarang maklumat kami akan menghubungi semua pihak media secepat mungkin.
- Di beritakan terdapat tompokan minyak di kawasan persekitaran lautan berdekatan dengan kepulauan di Vietnam dan ia masih lagi sedang di kaji..
# Di harapkan sesangat semuanya selamat...dan kes ini dapat di selesaikan secepat mungkin...In Sha Allah....... #PrayForMH370
Sumber : https://www.facebook.com/pages/Perkembangan-Terkini-Pesawat-MH370/1383357708606074
No comments :
Post a Comment