Monday, March 10, 2014

PESAWAT MH370: 'RED FLAG' ATAU 'FALSE FLAG'?






ASSALAMUALIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM

Entri di bawah nih maybe yee..maybe agak panjang....tapi...try laaa bace sebab mungkin terdapat pengajaran daripadanya...COPY dan PASTE dari suatu sumber...selepas baca, cuba fikir sejenak, renungkan dan nilai...andai kata tidak benar bagi kamu, maka tinggalkan laa...kalau ia memberi sedikit spark kepada kamu, maka beringat, bersedia dan beramal lah kamu....

bukan tunjuk pandai...bukan juga nak wat kenyataan palsu...kontroversi or what....tapi, ingatlahh...sekarang kita berada di suatu zaman yang akhir, mereka semua sudah bergerak sejak dahulu dan sekarang pergerakan dan kegiatan mereka makin giat kerana mereka percaya pada zaman akhir ...maka...terserah lah....



PESAWAT MH370: 'RED FLAG' ATAU 'FALSE FLAG'?






21 Foto Terakhir Mereka Sebelum Meninggal Dunia

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM
Huahuahuahauhauau

For today`s entry, weolsss nak share something yang pada weolss have a WOW EFFECT laaa kan di mana info nih weolss jumpee time godeh-godeh Mr. Google....ada yang translate satu2, dan ade yang amik dari pelbagai website...agak menarik untuk di kongsi...maybe ade yang dah taw....but xpe laa kan, untuk mereka yang x taw nih...weolss nak kongsi laa kan...sebab bende nih pon baru weolss taw...haaa...

*Maybe ada yang kata...eleh ceduk info dari blog orang laen laa tu....amboiii...melahar kau x hengat kan...but realitinya, semua blogger adalah tukang ceduk info yang mana akan ceduk info dari mana2 website untuk di kongsikan bersama...no exception, sbb weolss sume blogger menanamkan sifat sharing is caring...tp must give a credit pada website yang di ceduk laa kan..so, x payah laaa kau, kau dan kau nak membongak kalo ade kata blogger tu kaji sendiri SEMUA info yang depa letak dalam blog dia...mmg mintak makan sumpah seranah laa tu...over sangat ok...*

ANYWAY

jom yok kte terus tengok foto2 terakhir mereka sebelum meninggal sama ada (foto dan terus meninggal) ataupun (foto dan mninggal selang beberapa hari kemudian)..yang penting last foto depa...hahaha

1. Gambar Puteri Diana
- di katakan foto ini merupakan foto terakhir beliau dan di ambil oleh seorang wartawan pada 31 Ogos 1997 pada jam 12.20 am.....dorang kata nih foto terakhir sebelum beliau kemalangan dan meragut nyawa beliau pada hari yang sama


2. Gambar Steve Jobs
- Steve Jobs kelihatan tenat dan kurus kerana kanser pankreas yang di hadapinya..kondisi beliau sangat uzur sehingga beliau terpaksa di papah untuk bergerak dan ini merupakan gambar terakhir beliau sebelum meninggal beberapa hari kemudian..


3. Gambar Wiley - Will Roger
- Wiley post merupakan seorang perintis pertama dalam penerbangan solo di seluruh dunia dan rakan karibnya iaitu Will Roger, seorang komedian dan komentator sosial terkenal telah menyertai penerbangan bersama-sama...foto Will Rogers yang mengenakan pakaian bertopi dan bertali leher sedang berdiri di atas sayap pesawat telah di ambil pada 15 Ogos 1935 sejurus sebelum berlepas ke sebuah pulau berdekatan Point Borrow di Alaska...tetapi selepas berlepas ke laut, enjin mereka tiba2 gagal berfungsi, kemudian jatuh ke laut dan membunuh kedua-duanya...


4. Gambar Elvis Presley
- Foto ini di ambil pada 16 Ogos 1977 pada jam 12.28am di mana dia di lihat keluar pada waktu malam menuju ke kediamannya di Grace Land..... pada jam 3.30 pm pada hari yang yang sama, beliau ditemui mati di dalam tub mandi oleh pembantunya, Ginger Alden dan di hantar ke Baptist Memorial Hospital tetapi tidak dapat di selamatkan....beliau di katakan mati disebabkan pengambilan dadah berlebihan dan mengalami alergi terhadap ubat


 5. Gambar Mahatma Gandhi
-Mahatma Gandhi merupakan tokoh kemanusiaan dan keamanan dari India, jika di lihat dari foto,  lelaki yang menjadi pembunuh Gandhi berdiri di hadapannya. Pembunuh tersebut menembak tiga peluru dari pistol Beretta 9 mm ke dada Gandhi ketika beliau dalam perjalanan untuk berdoa di kuil bersama Nathuram Godse. Kejadian tersebut sempat dirakam oleh kamera.
Momen tragis yang menjadi akhir hidup Gandhi ini dimasukkan dalam filem biografi berjudul Ghandi (1982) sebagai adegan pembuka. Dalam filem tersebut Gandhi dilakonkan oleh Ben Kingsley.


6. Gambar Albert Einstein
- Gambar tersebut merupakan foto terakhir Albert Einstein yang di ambil pada Mac 1955 dan foto ini berkemungkinan di ambil di kawasan perumahannya di Princeton, New Jersey...sebulan selepas itu, beliau mengalami pendarahan dalaman pada 17 April 1955 dan pada ketika itu beliau sedang bersedia bagi menghadiri Ulang tahun "Commemorating the State of Israel`s Seventh Anniversary" bersamanya...namun hayat beliau tidak panjang dan beliau meninggal keesokkannya ketika berusia 76 tahun.


7. Gambar Pasangan John dan Jackie Knill
- mayat kedua pasangan asal Kanada tersebut ditemukan di pantai Thailand pada 13 Januari 2005, mereka berdua adalah di antara korban Tsunami yang terjadi pada 26 Disember 2004, seminggu kemudian petugas Seattle Amaerika yang sedang menjalankan penyiasatan terhadap korban Tsunami menjumpai sebuah kamera digital yang sudah rosak dan menyimpan memori cardnya, setelah membuka gambar yang ada di dalam memori tersebut, petugas tersebut melihat gambar-gambar mereka berdua dan gambar terakhir yang diambil dari kamera tersebut memperlihatkan ombak yang sangat besar sebelum menghentam mereka berdua pada 26 Disember.


8. Gambar Adolf Hitler
- Gambar di atas ini diambil pada 28 April 1945, masa tidak diketahui... 2 hari kemudian dia ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala, dan dipercayai membunuh diri akibat kalah dalam perperangan di mana prinsip beliau iaitu sanggup membunuh diri daripada menyerah kalah atau mati di tangan musuh.


9. Gambar John Lennon
- Seperti mana yang dapat di lihat, Gambar terakhir John Lennon ini secara tak sengaja di ambil sekali bersama pembunuh Lennon, iaitu Mark David Chapman. Lelaki di sebelahnya itu merupakan orang yang menembak Lennon (Ahli kumpulan The Beatles)... dia di lihat meminta tandatangan Lennon... Hanya selang beberapa jam kemudian, Lennon akhirnya ditembak dan mati.


10. Gambar Jurnalis WTC
- Bill Biggart merupakan seorang Foto- Jurnalis yang membawa berita semasa perihal insiden WTC dan beliau meninggal sejurus menara kedua WTC runtuh...mayat Bill di temui selepas 4 hari di dalam runtuhan WTC tersebut dan barang2 beliau termasuk kamera turut di jumapi dan di serahkan kepada isteri beliau...tetapi isteri beliau telah memberikan kamera peninggalan suaminya kepada rakan karib beliau....rakannya meniliti kamera tersebut dan mendapati kad memorinya masih dalam keadaan baik...terdapat 150 keping gambar di dalam kad memori itu dan gambar diatas merupakan gambar terakhir yang di ambil pada jam 10:28 am dan 24 saat sebelum menara kedua runtuh pada jam 10.30 am....


11. Gambar Lee Harvey Oswald
- Merupakan pembunuh kepada Presiden AS, John F Kennedy setelah di siasat oleh 5 agensi siasatan rasmi dan dia di bunuh dengan jarak dekat oleh Jack Ruby pada 24 November 1963...gambar di atas di ambil secara tidak sengaja ketika dia di bawa keluar untuk perbicaraan

12. Gambar John F. Kennedy
- JFK merupakan presiden AS yang ke 5 dan beliau di bunuh di Dealey Plaza, Dallas pada jam 12.30 tengah hari oleh Lee Harvey Oswald pada 22 November 1963...dan pembunuhnya telah dibunuh oleh Jack Ruby sebelum sempat perbicaraan...walaupun begitu, terdapat banyak persoalan dan kajian teori konspirasi muncul selepas itu di mana tindakan ini adalah untuk menyembunyikan sesuatu...


13. Gambar Steve Irwin
- Steve Irwin seperti yang kita tahu, beliau meninggal di sebabkan sengatan ikan pari ketika beliau sedang membuat penggambaran di dalam laut untuk rancangan Crocodile Hunters pada tahun 2006...Foto ini adalah foto terakhir beliau di mana beliau bergambar bersama ahli biologi marin, Chris Jones di atas botnya 2 hari sebelum dia meninggal... 


 14. Gambar Inejiro Anasuma
- Anasuma merupakan ahli politik Jepun dan merupakan ahli politik Sosialis Jepun...beliau menyokong konsep Parti Komunisme China dan sosialisme...beliau di bunuh oleh Otoya Yamaguchi pada 12 Oktober 1960...pembunuhnya, Otoya baru berusia 17 tahun dan telah membunuh diri di dalam penjara selepas seminggu membunuh Anasuma...dia sempat mengikrar taat setia kepada Maharaja Jepun melalui tulisannya di dinding penjara...


15. Gambar Amy Jade Winehouse
- Gambar ini diambil pada 20 July 2011 oleh Dionne Bromfield, dan Amy meninggal pada 23 July 2011 jam 3.54 Pm kerana keracunan alkohol.


 16. Tan Sri P. Ramlee
- Gambar ini dikatakan di ambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia pada 29 April 1973. Beliau meninggal akibat serangan jantung, untuk memperingati jasa beliau dalam industri filem Negara Malaysia, beliau telah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM) oleh yang dipertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri.


17. Gambar Nicolae Ceausescu
- Ceausescu merupakan seorang pemimpin ahli Parti Komunis Romania dan merupakan ketua setiausaha Parti dari tahun 1965 hingga 1989...beliau merupakan pemimpin terakhir parti komunis Romania dan foto ini menyaksikan beliau di tembak mati bersama isterinya oleh pasukan tentera pada 25 Disember 1989...


18. Gambar Park Chung Hee
- Park merupakan salah seorang presiden Korea...beliau di tembak oleh Kim Jae-kyu pada 25 Oktober 1979 di bangunan Agensi Risikan Korea (RCIA) sewaktu makan malam di dalam kediaman rasminya, Blue House...Park di tembak di dada dan kepala dan mati serta merta...gambar di atas merupakan gambar Kim Jae Kyu menembak kepala Park sekali lagi selepas membunuhnya...


19. Gambar Jimi Hendrix 
- Gambar ini di ambil secara tidak sengaja oleh Teman Wanita nya ketika beliau sedang memegang Gitar elektrik kegemarannya yang di beri nama Black Betty....Jimi Hendrix merupakan pemain gitar lagenda dunia yang sangat terkenal pada era 60an... Foto ini merupakan foto terakhir beliau sebelum meninggal dunia beberapa hari selepas itu...punca kematiannya masih tidak di ketahui dan doktor menyatakan kemungkinan beliau mati lemas atau di bunuh secara melemaskannya...


20. Gambar Freddy Mercury
- Foto terakhir dari vokalis band legenda Queen, Freddy Mercury siapa yang menyangka bahawa diambil bukan ketika di atas pentas. Freddy terlihat rapi di taman depan rumah. Foto ini nampak cerah meski sebenarnya Freddy kelihatan pucat.Ini diambil tepat di tahun 1991 sebelum Freddy meninggal kerana komplikasi pneumonia dan juga AIDS.


21. Gambar Heath Ledger
- Heath Ledger merupakan pelakon dan juga pengarah filem yang di lahirkan di Australia...Gambar di atas merupakan gambar terakhir Heath Ledger sebelum beliau meninggal dunia pada 22 Januari 2008 jam 3:36 pm. Punca kematian beliau adalah kerana pemakanan ubat tanpa perskipsi yang betul.
Sebulan kemudian pada 17 April, 1955, Einstein mengalami pendarahan dalaman disebabkan oleh the rupture aneurisme aortic, - See more at: http://www.onesantanblogs.com/2013/01/foto-terakhir-selepas-kematian.html#sthash.XZDyG8H4.dpuf


22. Gambar Marylin Monroe
- Foto ini diambil pada saat Marylin Monroe bersama Frank Sinatra dan pemain piano jazz Buddy Greco. Mereka menghabiskan hujung minggu bersama. Monroe  menikmati saat-saat akhir minggu tersebut dengan riang seperti yang ditunjukkan melalui foto ini...Sayangnya beberapa hari kemudian, tepat pada 5 Ogos 1962, pelakon seksi yang menjadi fenomena dunia ini ditemui mati di sebuah bilik hotel akibat overdos ubat terlarang.


Sumber : MR. GOOGLE
Will Rogers mengenakan topi dan tali leher, berdiri di atas sayap kapal terbang telah diambil pada 15 Ogos 1935 sejurus sebelum berlepas dari sebuah lagun berhampiran Point Barrow Alaska - See more at: http://www.onesantanblogs.com/2013/01/foto-terakhir-selepas-kematian.html#sthash.XZDyG8H4.dpuf
Will Rogers mengenakan topi dan tali leher, berdiri di atas sayap kapal terbang telah diambil pada 15 Ogos 1935 sejurus sebelum berlepas dari sebuah lagun berhampiran Point Barrow Alaska - See more at: http://www.onesantanblogs.com/2013/01/foto-terakhir-selepas-kematian.html#sthash.XZDyG8H4.dpuf

Sunday, March 9, 2014

Update Terkini Media Berkenaan MAS MH 370 Yang Hilang Secara Misteri

           
                        ASSALAMUALIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM                        
 

 
                                 Terkini dari sidang media MH370 di KLIA:


1. Beberapa negara membantu Malaysia dalam misi pencarian, 34 kapal terbang, 40 kapal

2. Tiada petunjuk mengenai pesawat

3. Pencarian bermula 7 pagi hingga 7 malam, malah masih berlangsung
 

4. Kemungkinan pengganas - kami akan mencari sebarang kemungkinan
 

5. Mengenai pasport palsu - masih disiasat
 

6. Semua isu keselamatan juga sedang disiasat
 

7. Masih tidak dapat apa-apa signal dari pesawat tersebut
 

8. Video CCTV penumpang sedang dilihat oleh para penyiasat
 

9. Serpihan itu tidak dapat disahkan dari pesawat
 

10. Pihak penyiasat masih mendapatkan maklumat mengenai pemengang pasport palsu yang membeli tiket kapal terbang
 

11. Fokus utama kita sekarang adalah untuk mencari kapal terbang yang hilang, perkara lain akan kita umumkan kemudian, apa yg penting kapal tersebut dicari dahulu untuk mendapatkan maklumat lain
 

12. Belum menerima laporan tompokan minyak, kami tak dapat mengesahkan minyak pesawat atau tidak
 

13. Tiada kapal selam dihantar
 

14. Apa yang dihantar adalah kapal penyelamat marin
 

15. Australia menghantar 2 kapal terbang dan akan sampai tengah malam ini dan pagi esok
 

16. Thailand menghantar kapal terbang
 

17. Indonesia dan Amerika juga telah menghantar kapal terbang mereka
 

18. Pengurusan krisis akan dilakukan oleh MAS
 

19. Kami tidak menerima sebarang laporan mengenai kod TANGO yang war-warkan
 

20. Sidang media berikutnya akan dijalankan esok jam 12 tengahari, Sekiranya ada sebarang maklumat kami akan menghubungi semua pihak media secepat mungkin.




 - Di beritakan terdapat tompokan minyak di kawasan persekitaran lautan berdekatan dengan kepulauan di Vietnam dan ia masih lagi sedang di kaji..



# Di harapkan sesangat semuanya selamat...dan kes ini dapat di selesaikan secepat mungkin...In Sha Allah....... #PrayForMH370

Sumber : https://www.facebook.com/pages/Perkembangan-Terkini-Pesawat-MH370/1383357708606074

New 7 Wonders Of The World 2014


ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM
huahauhauhaua




HEY!!!!

untuk entri kali nih...aku nak sharing is caring skit pasal 7 WONDERS OF THE WORLD laaa kan...seperti mana yang korang sume nampak logo kat atas...haaa...actually...logo dia tu a little bit blur laaa...sedeyhh cari2 kat google image xda resolusi tertinggi yang aku nak...nak bubuh yang 3D punye xda, biar terjojol kuar kat depan mata korang, baru meletopsss..haaaa kan...

ANYWAY

 kalo dulu kan...aku selalu cam teruja ngan 7 Wonders nih...sebab aku nih suka mengkaji gitu kan...hahaha...katenyeee!! tp seriously aku suka baca something misteri and wonders yang menimbulkan banyak persoalan...

SO

for this year, after 100 million voted from people worldwide, di sini telah di konklusikan tanpa mengikut Rangking...jeng...jeng...jeng


THE NEW 7 WONDERS OF THE WORLD 2014 IS

1. The Great Wall of China

- monumen terbesar di dunia yang di bina oleh tangan manusia. ia di bina sebagai penghalang kepada penaklukan oleh orang Monggol ke atas China pada masa dahulu. Panjang tembok adalah sepanjang 7300 KM dari timur ke barat....(aku ade baca buku orang2 Monggol nih adalah pewaris kepada yakjud dan Makjud...1 orang daripada orang monggol, kekuatannya dan kekasarannya 1000 kali kita...eee seram)



2. Patung Christ Redeemer di Brazil

- suatu keajaiban yang menjadi kebanggaan negara Brazil dan paling popular sebagai tempat yang mesti di lawati. dengan ketinggian 125 kaki tinggi dan pada paras 700 meter dari paras laut, ia terletak di puncak gunung Corcovado menjadikannye lebih memukau dan menakjubkan....(jatuh sia2 orang kat bawah...penyek habih)



3. Machu Pichu, Peru

- di bina pada tahun 1450 masihi oleh Kerajaan Incan di Pergunungan Andes, ia adalah sebuah penempatan yang di tinggalkan, kemungkinan di sebabkan wabak penyakit yang menular di sekitar kawasan perkampungan itu.. .kawasan ini tidak di duduki sesiapa dan tidak di kaji oleh pengkaji barat sehinggalah pada tahun 1911.....(pehh...orang dlu mmg bijak...cantik sungguh lokasi dorang duduk...ley main bungee jumping ari2)



4. Taj Mahal, India

- Taj Mahal terletak di Agra, India dan dibina oleh Shah Jahan bagi mengenang akan kematian isterinya, Mumtaz Mahal pada tahun 1630 Masihi...ciri2 arkitektur yang di terapkan merupakan contoh terdekat dalam budaya arkitektur Mughal dan simbol cinta sejati....
(wahh...romantiknyee...kalo aku...duit Taj Mahal nih aku wat hantaran kawin lagi 1 yang power punye...hahaa..apemacam??)



5. The Colosseum, Rome, Italy

- colosseum di bina pada sekitar 70 - 82 Masihi dan merupakan monumen menakjubkan paling tua dalam list 7 Wonder of the World 2014...mempunyai tempat duduk penonton sebanyak 50,000 kerusi dan merupakan tempat penontonan perlawanan antara gladiator.... ( mana taknyee paling tua...tiap tahun mesti ade dalam list 7 wonder...cam xda benda lain jaa..meluat aku..huhh)



6. Petra, Jordan

- Petra bermaksud batuan dalam bahasa greek dan kuil ini di bina sepenuhnya menggunakan batu termasuk ukiran-ukirannya dan menjadi simbol kepada kekuatan struktur dan kepoweran engineering pada masa itu...Petra di bina sekitar 9 Sebelum Masihi - 40 Selepas Masihi....kuil nih mempunyai teknologi pengairan yang menakjubkan dan sistem terowong di dalamnya menjadi contoh kepada Kebudayaan kejuruteraan di Timur Tengah pada masa itu.....(wah...wahh...acaner teknologi dlu lagi canggih dari sekarang malahan boleh setanding?? dulu depa banyak makan kismis doa ke bagi pandai semua??) 



7. Chichen Itza, Mexico

- menurut Lagenda, Chichen Itza di bina oleh Quetzalcoatl (suatu makhluk bersayap dalam lagenda Mexico) yang menjelma sebagai pejuang-paderi dari suku Toltects...struktur berbentuk piramid ini berada di lokasi semenanjung Yucatan, Mexico dan dibina sekitar 800 Selepas Masihi...ia juga lebih popular di kenali sebagai kuil orang2 Mayan dan merupakan kuil Mayan paling berpengaruh di dunia.....setiap 4 bahagian kuil mempunyai 91 tangga...jumlah tangga keseluruhan menggambarkan 365 hari dalam setahun yang menuju ke puncak kuil di atas sekali... (kuil nih laa yang pernah menggemparkan dunia terdapat penyelidikan pasal ramalan kaum Mayan di mana menyatakan kiamat tu berlaku pada Disember 2012...tapi...aku masih idup je sampai sekarang...sambil bley update blog dan makan kacang lagi...ape cee???)


BUT

ade lagi 1 AWARD untuk satu monumen yang x tersenarai dalam 7 WONDERS OF THE WORLD 2014 tapi di letakkan dalam anugerah yang berbeza manandakan ia merupakan keajaiban dunia yang tiada tara dan tak mampu di tandingi oleh rakan2 nyee...baguss sangat laa tu...

dengan memegang status "Honorary Wonder" dan "The Wonder of Ancient World"...jatuh kepadaaaaaaa...jeng..jeng...jeng...


*The Giza Pyramid of Egypt*

- Great Pyramid di bina sekitar tahun 2560 Sebelum masihi yang di jadikan tempat pemyimpanan mayat atau kubur....Piramid ini merupakan struktur tertua dan merupakan senarai paling lama dan bertahan dalam kedudukan 7 Wonders sebelum2 ini....ia di senaraikan dalam senarai semenjak tahun 2200 tahun dahulu oleh ahli ilmuan Greek...dan merupakan satu-satunya monumen yang bertahan dari senarai terawal dahulu sehingga sekarang daripada rakan2 nyee yang lain.....

 - ia dikatakan monumen paling tinggi dalam planet bumi yang di bina oleh tangan manusia yang bertahan selama 4 millenia (4000 tahun x silap).... 


Update Terkini 2 MAS MH 370 Yang Hilang



ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM




                                KEMASKINI #MH370 #prayformh370 3.23 PM 9/3/2014

1) Dalam sidang media, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberitahu pesawat MH370   

     mungkin telah membuat 'air turn back'. 
-Menurut terminologi penerbangan, 'air turn back' adalah prosedur pesawat berpatah balik ke  lapangan terbang asal akibat pincang tugas atau disyaki pincang tugas sebarang peralatan pada pesawat. - BERNAMA
  
2) Agence France Press (AFP) melaporkan, CEO MAS Ahmad Jauhari memberitahu yang  
    sekiranya pesawat MH370 melakukan Air Turn Back, sistem kapal terbang akan membunyikan 
    penggera.
- "Juruterbang oleh itu tidak boleh meneruskan penerbangan seperti yang dirancang apabila mebuat 'air turn back'," jelas beliau.
 
3) BERNAMA melaporkan Datuk Seri Hishamuddin berkata setakat ini tiada pengesahan 
    tumpahan minyak yang dikesan di perairan Vietnam ada kaitan dengan MH370.

4) Pengarah Komersil MAS, Hugh Dunleavy memberitahu yang MAS 'tidak boleh membuat 

     sebarang andaian tentang akar punca yang berkemungkinan bagi insiden kehilangan MH370    
     sehingga pesawat dan kotak hitam ditemui'.

Berkenaan passport yang dicuri, dia memberitahu yang 'MAS tidak boleh mengesahkan passport, sebaliknya hanya memeriksa sama ada passport nampak seperti ia telah dipalsukan atau tidak, dan sama ada ia mempunyai Visa yang sah.

"Syarikat penerbangan tidak mempunyai akses kepada pangkalan data nasional tentang passport, itu hanya boleh dilakukan jika ada siasatan kerajaan." - AFP



*Aku xpaham laaa orang dok sebok nak selamatkan nyawa orang, ade plak manusia dok sebok kata macam2...kalau ade agenda apa pon...lantak depa laaa...yang penting... sekarang nih, misi utama kita nak selamatkan nyawa 239 orang.....tolong berdoakan lagi baek...

  
JAWAPAN KENAPA MALAYSIA TIDAK MENNGUNAKAN KAPAL SELAM MALAYSIA??

Pelbagai tomahan dan persoalan kenapa kerajaan Malaysia tidak menggunakan submarine milik Malaysia untuk rescue MH 370 sedangkan kerajaan Singapura mengumumkan akan menghantar Submarine milik mereka untuk operasi mencari pesawat MH370

1: Submarine milik Malaysia tak ada capability untuk conduct SAR operation. Sub mission lebih kepada seek & destroy. (kegunaan Perang) Maksudnya kapal selam milik kita tidak mempunyai peralatan dan keupayaan untuk operasi menyelamat.

2: kapal selam yang kerajaan Singapore hantar itu adalah jenis, MV Swift Rescue yang dicipta khas untuk SAR Operation bukan jenis SUB yang untuk peperangan seperti milik kita.. ini bermaksud mereka hanya menghantar kapal selam kecil yang boleh kontrol dari jauh dan boleh pergi sehingga kedalaman 3000m. Kapal ini ade keupayaan utk underwater rescue...

3: Malaysia masih dalam usaha mendapaykan kapal jenis MV Mega bakti yang ada keupayaan seperti MV Swift Rescue.. jadinya buat masa ini Malaysia masih belum ada kapal untuk SAR Operation seperti Singapura

Lihat gambar diatas perbezaan antara kapal selam Malaysia dan kapal selam yang ditawarkan oleh singapura.. apa-apapun diharap semua jangan wujudkan spekulasi dan provokasi.. kita seharusnya berdoa agar operasi mencari dan menyelamat berjalan lancar.. #PrayForMH370



Saturday, March 8, 2014

Terkini Dari Sidang Media MAS MH 370 Yang Hilang

ASSLAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI/PETANG/MALAM




Terkini dari sidang media ‪#‎MH370‬ sebentar tadi:

1. Awal kejadian dilaporkan 2 penumpang sahaja menggunakan pasport palsu, tetapi setelah di teliti 
     terdapat 4 orang yang memiliki Pasport palsu
2. Kami ada rakaman CCTV mereka dan digunakan untuk siasatan
3. Angkatan Tentera Udara Malaysia pemegang kepentingan terbesar dalam pencarian pesawat
4. Ada kemungkinan pesawat melakukan air turn back, juruterbang tidak dapat menerbangkan 
    pesawat ke destinasi
5. Tetapi masih mencari punca kehilangan signal
6. Pencarian masih dijalankan sehingga kini sehingga ke Selat Melaka
7. Bantuan dipertingkatkan
8. 22 kapal terbang, 40 kapal, helikopter Tentera Laut , 11 kapal terbang dari Tentera Udara, 13 kapal 
    dari agensi maritim Malaysia, 1 kapal dari Amerika, 3 kapal dari China, 3 dari Singapura, 5 dari 
    Indonesia
9. Misi mencari dan menyelamat dipergiatkan 

10. Kami masih menyelidiki data dari agensi antarabangsa, data dari radar militari
11. Kapal 777 beroperasi dengan baik dan boleh dipercayai

                                 
                                  *Sidang media berikutnya akan menyusul jam 3 petang ini.


ANDA JUGA MAYBE MINAT...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...