Wednesday, March 16, 2011

ADAKAH KAU BINTANG ITU



wahai bintang yang jauh,
tahukah kau bahawa cahaya keemasan mu itu bergemerlapan menyinari segenap jiwaku, walaupun ianya tidak tercapai untuk ku menyentuhnya apatah ingin menyambutnya,
merindui sebutir bintang yang tidak ku duga akan berlarutan,
mencipta suatu petanda takdir tuhan yang maha kuasa,
adakah ini namanya cinta?

wahai si cahaya menyinari malam kelamku,
walaupun jasadmu jauh, kerana itu larangan yang diperundangkannya mencipta suatu tembok untuk kita,
terpaksa aku akur akan hukum hakamnya,
walaupun aku tidak tahu apa itu cinta,
bagaimana itu cinta,
siapa itu cinta,
ajarilah aku insan yang tidak mengenal erti cinta,
basahkanlah jiwaku dengan erti cinta,
aku cuma ingin kau tahu,
cintaku tidak pernah berubah walaupun jarang kita bertemu muka,

wahai penyeri dunia yang membasahi bumi dengan roh mu,
aku ingin kau tahu yang aku benar-benar sangat merindui dirimu,
seumpama cintanya adam dan hawa, manusia pertama bertemu dengan cinta,
walaupun secebis persoalan sentiasa berlegar di jalan-jalan minda ini,
pernah ia terlintas,
adakah kau benar-benar takdir penyeri hidup ku,
ataupun, hadirmu hanyalah suatu pelakon episod yang hanya pulang pergi,
aku menjadi resah gelisah,
adakah cinta itu hanya lakonan semata,
adakah kau untuk aku,

wahai bidadari duniawi,
keluhanku ini cuma ingin suatu kepastian agar kau tidak lesap pabila di mamah mentari,
tidak hilang pabila munculnya titisan embun pagi,
ku takut kau bakal hilang seri,
adakah aku akan keseorangan,
menempuh hari mendatang,
tanpa bintang yang selama ini menyinari malam,
dan hidup tanpa mengira pagi,
sentiasa menjadi pengikut setia ku,
adakah kau bintang itu.....

No comments :

ANDA JUGA MAYBE MINAT...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...