Wednesday, March 9, 2011

~EsoK~



angin malam bekerja menyentuh inci-inci romaku,
sangat meremang sejuknya di bantu bersama mesin berbunga tiga yang menjadi penghuni tetap berputaran di siling bilikku,
sambil mendengar bait-bait ayat "headphone" berbisik merdu,
hanya aku yang mendengar bisikan pelbagai cerita,
pelbagai rasa, pelbagai ritma,
sambil jari jemari pantas melakukan tugas di setiap perkataan yang ada pada papan kekunci di meja,
sambil menghulur kepala di bibir tingkap,
hatiku berbicara, telingaku mencari-cari perkataan hati,
nota-nota di luahkan penuh karya,
antaranya,

hidupnya malam ini hanya seketika,
melabuhkan tirai rabunya seketika nanti,
sambil bersedia menjengah ke alam yang penuh hitam putih,
suatu yang tiada naratif, suatu yang tiada plot,
hanya dirinya bertindak selaku kekunci mesin alam tersebut,
hanya dirinya bertindak sebagai pelakon utama,
tanpa mengetahui siapa pembantu yang bersamanya seketika nanti,
hikayat yang direka tidak perlu pengkritik,
hikayat yang di reka tidak perlu penyimpan emas di dunia.

hidupnya malam ini juga,
bakal menyaksikan dirinya, pada terbit fajar esok,
di tebarkan paku-paku di sepanjang jalannya,
adakah dia bersedia, adakah dia mampu,
darah-darah dosa yang mengalir sepanjang jalan berpaku ini bakal menyaksikan dia hidup atau mati sesudahnya,
adakah sempat untuknya esok,
bila takdir menjadi penentu diri,
adakah untuknya esok,

p/s:
menulis dalam keadaan mengantuk....zzzzzzzz

No comments :

ANDA JUGA MAYBE MINAT...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...